SELAMAT DATANG

Thursday, 20 March 2014

SEARCH AND RESCUE 4 PELAJAR VOKASIONAL HILANG DI GUNUNG BUBU

Kumpulan SAR Pusat ko-kurikulm Negeri Perak diarahkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Perak untuk turun membantu dalam tragedi kehilangan 4 orang pelajar Kolej Vokasional, Padang Rengas. Mereka di laporkan hilang ketika perjalan turun dari puncak Gunung Bubu pada 16 Mac 2014..






Seorng Ketua Unit, dan seorang Penolong Pengarah serta 8 orang jurulatih PKN perak telah dipilih untuk membantu pasukan mencari dan menyelamat ini bersama pasukan Bomba, Polis, Jabatan Hutan, Jabatan Pertahanan Awam dan banyak lagi NGO dan orang persendirian yang turut membantu.


 Dalam tragedi ini, Dua dari empat pelajar ditemui selamat dan dalam keadaan yang sihat, manakala 2 orang lagi ditemui telah meninggal dunia oleh pasukan penyelamat.







Kedua-dua pelajar tersebut (Adam dan Amir) telah dikebumikan pada malam mereka ditemui di kampung halaman masing-masing (salak, kuala kangsar dan Sauk, Lenggong). Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orng-orang yang beriman. Kepada kaum keluarga mangsa, semoga dikurniakan ketabahan dan kesabaran. UNTUK ADIK ADAM DAN AMIR.... AL-FATIHAH.....

Kepada semua agensi dan individu yang terlibat dalam operasi ini diucapkan tahniah dan semoga segala usaha dan titik peluh anda dicatat dengan kebaikan oleh Allah s.w.t....






Tuesday, 12 November 2013

GUNUNG MERAPI (2,891M) SUMATERA BARAT




Gunung Marapi merupakan sebuah gunung berapi yang terletak provinsi Sumatera Barat, di pulau Sumatera, Indonesia, iaitu berhampiran bandar Bukittinggi. Ketinggian gunung ini 2,891 meter. Gunung ini tergolong sebagai gunung yang paling aktif di Sumatra.
Gunung Marapi mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

PENDAKIAN


PENDAKIAN GUNUNG MERAPI SUMATERA BARAT

Gunung Merapi merupakan gunung aktif terletak di kabupaten Tanah Datar Sumatera Barat. Terdapat beberapa jalur pendakian di jalur ini, namun titik start yang biasa digunakan orang untuk melakukan pendakian disini adalah dari Koto Baru.

Sebelum melakukan pendakian, biasanya para pendaki menyiapkan beberapa perbekalan pendakian yang masih kurang di pasar Koto Baru ini. Disini juga kita bisa makan dan beristirahat dan bercengkrama dengan pendaki yang lain.

Untuk lebih manariknya, sebaiknya melakukan pendakian di gunung ini dilakukan pada pagi hari. Selain untuk masalah kesehatan, selama pendakian kita juga dapat menikmati pemandangan yang menarik disepanjang jalur pendakian ini. Dari pasar koto baru menuju pos pendakian kita bisa memilih antara memulai dengan jalan kaki atau angkutan pedesaan yang menuju ke pos pendakian. Kalau kita memilih dengan berjalan kaki, membutuhkan waktu kira lebih kurang 30 menit untuk sampai di pos pendakian.
Dari pos pendakian perjalanan dilanjutkan menuju parak batuang dengan melewati perkebunan penduduk. Di parak batuang kita bisa menikmati segarnya udara gunung berapi dan mengisi botol minuman di sumber air yang terdapat didaerah ini.

Dari parak batuang, perjalanan kita lanjutkan menuju puncak gunung berapi. Dari sini membutuhkan wakut pendakian kira-kira 5 jam untuk mencapi puncak. Perjalanan di isi dengan pemandangan hutan tropis dan beberapa jalur pendakian yang cukup terjal.

Setelah sampai di puncak, sebaiknya ki ta memilih lokasi di cadas untuk tempat camp (berkemah). Untuk mencapai puncak sebaiknya dilakukan shubuh, sehingga kita bisa menikmati pemandangan matahari terbit (sunrise) gunung merapi ini dan menikmati pemandangan yang mempesona di Gunung Merapi ini dipagi hari. Dari Puncak gunung merapi ini kita dapat menikmati pemandangan kota bukittinggi, gunung singgalang, pemandangan danau Singkarak yang berada di kabupaten solok.



AKSES

Dari kota Padang / Bandara International Minang Kabau kita menggunakan tranpsortasi umum menuju Bukittinggi dan berhenti di Pasar Koto Baru dengan biaya Rp. 15.000,- / orang.







Tuesday, 24 September 2013

GUNUNG BUBU (KUALA KANGSAR, PERAK)











 

Gunung Bubu merupakan sebuah gunung yang terdapat di Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Ketinggiannya 1,657 meter. Ia terletak di Kuala Kangsar, Perak.
Gunung Bubu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas dan kawasan hutan Montane.












TREKKING ROUTE

Pendaki boleh mendapatkan perkhidmatan Bas dari Kuala Kangsar untuk ke checkpoint yang pertama. Pendakian bermula dari Taman Rekreasi Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak iaitu berdekatan dengan Kem Biro Tata Negara. Perjalanan menuju ke Kem Sg Gading mengambil masa lebih kurang 6 jam. Pendaki boleh bermalam di situ dan kem tersebut mempunyai kapasiti sehingga 50 orang pada satu masa. Hari seterusnya, pendaki boleh meneruskan pendakian sehingga ke Puncak Gunung Bubu di mana ia memakan masa 4 hingga 5 jam. Perjalanan tersebut juga akan melalui punca air terakhir (Last Water Point) dan pendaki boleh mendapatkan bekalan minuman di lokasi tersebut. Puncak Gunung Bubu agak tidak sesuai untuk bermalam kerana kawasan yang terlalu kecil dan pendaki boleh bermalam di Kem Batu Dinding yang kira-kira 15 minit perjalanan dari puncak. Untuk pendakian ke puncak, pendaki juga boleh meninggalkan haversack di Kem Sg Gading dan hanya membawa daypack. Perjalanan turun dari puncak ke Kem Sg Gading memakan masa 2 hingga 3 jam. Pendaki boleh bermalam semula di Kem Sg Gading atau terus ke kembali ke tempat mula pendakian di mana ia memakan masa 3 hingga 4 jam


KEMALANGAN

Pernah berlaku kemalangan di mana pendaki yang bermalam di puncak Gunung Bubu di panah petir sehingga menyebabkan kematian. Oleh yang demikian, pendaki dinasihatkan untuk tidak bermalam di puncak sebaliknya boleh bermalam di Kem Sg Gading ataupun Kem Batu Dinding.


 *** Sila emailkan kepada pknckualakangsar@gmail.com untuk khidmat nasihat dan keterangan lanjut...





                   ------------------- SAVE OUR NATURE ------------------------